Wednesday, 10 August 2011

MEMO UNIT PERHUBUNGAN & LATIHAN INDUSTRI

 Daripada: Pegawai Latihan Industri
 Kepada : Semua Penasihat Akademik Semester 5 dan Semua Pelajar Semester 5


Tuan/Puan,
Adalah saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2.        Dimaklumkan bahawa tempoh bagi Penilaian Latihan Industri sesi Julai 2010 adalah selama 2 minggu mulai dari  14 Ogos 2011 sehingga 25 Ogos 2011.
3.            Semua pelajar semester 5 diminta bersedia kerana temuduga akan dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tempoh penilaian latihan industri.Proses temuduga adalah seperti berikut:
             i.    Sila rujuk senarai temuduga latihan industri pada papan kenyataan dan rujuk            
                      pada blog http://unitli pht.blogspot.com
             ii.    Buat temujanji dengan pensyarah penemuduga seperti yang terdapat dalam jadual  
                     temuduga
            iii.    Sila pastikan semua dokumen lengkap sebelum ditemuduga
            iv.    Bersedia untuk ditemuduga

Sekian, Terima Kasih.


          S
Salihah Binti Zakaria
Pegawai Perhubungan dan Latihan Industri
Politeknik Hulu Terengganu





No comments:

Post a Comment